Anda di sini

Polis lumpuh rangkaian edar dadah di Langkawi

Advertisement

LANGKAWI: Satu rangkaian pengedaran dadah di Langkawi dipercayai telah berjaya dilumpuhkan berikutan tertangkapnya sembilan oranglelaki dalam tiga serbuan di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Langkawi, Supt Dr Che Ghazali Che Awang semalam berkata kira-kira 2.9kg heroin dan 60.2 gram syabu, selain wang tunai berjumlah RM30,570 dan selaras senapang angin buatan sendiri turut dirampas dari suspek-suspek terbabit yang berumur di antara 16 dan 36 tahun itu.

Menurutnya dua daripada suspek-suspek itu yang masing-masing berumur 22 dan 26 tahun telah berjaya diberkas di hadapan sebuah hotel di sini kira-kira jam 1.00 pagi dan hasil pemeriksaan yang dilakukan, polis telah berjaya menemui 170 gram heroin, 6.2 gram syabu dan sebiji pil khayal dikenali sebagai Yaba. — Bernama

 

Advertisement