Anda di sini

Mayat warga emas ditemui terbaring di bilik hotel

Advertisement

 Mayat mangsa diusung keluar oleh anggota polis untuk dibawa ke hospital.

MATI MENGEJUT: Mayat mangsa diusung keluar oleh anggota polis untuk dibawa ke hospital.

KOTA KINABALU: Seorang lelaki warga emas ditemui mati dalam keadaan terbaring di lantai bilik sebuah hotel di Jalan Pantai di sini Ahad lepas.

Mayat Abdul Gaffar Mohd Yassin, 68, ditemui oleh pekerja hotel terbabit kira-kira jam 2.27 petang ketika bertugas membersihkan bilik mangsa.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu Asisten Komisioner M.Chandra berkata, pekerja berkenaan mahu mengemas bilik yang disewa mangsa sebelum melihatnya terbaring tidak sedarkan diri di lantai.

Menurutnya, sebaik ambulans tiba, pemeriksaan dijalankan ke atas mangsa dan kemudiannya beliau disahkan meninggal dunia.

“Siasatan polis di lokasi kejadian mendapati pintu bilik tidak berkunci dan mangsa dalam keadaan terbaring.

“Di atas katil mangsa juga ditemui pelbagai jenis ubat dan ia dipercayai tiada unsur jenayah.

“Turut berada di lokasi kejadian adalah doktor dari Hospital Queen Elizabeth (QEH) yang telah mengesahkan kematian mangsa berpunca daripada penyakit diabetis dan darah tinggi,” katanya mengesahkan kejadian di sini Ahad lepas.

Beliau berkata, mayat mangsa kemudiannya dibawa ke QEH dan kes berkenaan diklasifikasi sebagai mati mengejut.

 

 

Advertisement