Anda di sini

N.Sembilan benarkan jualan vape

Advertisement

Mengambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape

 Hafizal Mohd Yusof menunjukkan sebahagian peralatan serta produk vape yang dijual di kedainya di Senawang, Seremban semalam. — Gambar Bernama

PENIAGA VAPE: Hafizal Mohd Yusof menunjukkan sebahagian peralatan serta produk vape yang dijual di kedainya di Senawang, Seremban semalam. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Kerajaan Negeri Sembilan semalam membuat keputusan untuk membenarkan penjualan produk dan bahan rokok elektronik atau vape di negeri ini, dengan meng-ambil kira kepentingan orang bukan Islam yang menghisap vape.

Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan berkata bagaimanapun kerajaan ne-geri bersetuju untuk mengharamkan penggunaan vape dalam kalangan orang Islam, selaras dengan keputusan Majlis Fatwa Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam.

“Kita hidup dalam berbilang bangsa dan agama, jadi penjualannya kita tak sentuh apa-apa, sehinggalah pada satu ketika nanti jika ada apa-apa arahan atau keputusan daripada kerajaan persekutuan menyatakan vape ini sesuatu yang tidak boleh dijual secara terbuka … kita akan ikut.

“Kita tidak mahu polemik yang bukan-bukan kerana vape ini ada isu-isu yang berlainan, iaitu isu penggunaan dan isu penjualan,” katanya kepada pemberita  selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di Wisma Negeri di sini.

Beliau berkata walaupun vape telah difatwakan haram kerana banyak mendatangkan kemudaratan berbanding kebaikan, namun ia terpulang pada individu itu sendiri, sama ada hendak terus hisap atau berhenti.

“Saya harap badan penguat kuasa jangan pula pergi tangkap orang (Islam)  yang hisap vape di tempat awam kerana ia belum diwartakan lagi.

“Untuk mereka yang menghisap vape pula, mereka tidak boleh menghisap vape di kawasan larangan merokok,” katanya. — Bernama

Advertisement