Anda di sini

36 sertai ‘Kayuhan Bersama Saiful Ray’

Advertisement

SANDAKAN: Hujan lebat tidak mematahkan semangat 36 peserta menyertai ‘Kayuhan Bersama Saiful Ray’ yang diadakan awal pagi kelmarin.

Kayuhan sejauh 30 kilometer itu bermula pada jam 6 pagi di TKS, Batu 8 dengan melalui Jalan Lintas Utara dan Jalan Buli Sim-Sim menuju Masjid Daerah sebelum berpatah balik ke lokasi pelepasan.

Program itu merupakan sebahagian pengisian bagi kayuhan amal yang dilakukan oleh Saiful Ray bermula dari Kota Kinabalu – Sandakan – Kota Kinabalu pada 1 hingga 3 Januari.

Peserta solo basikal itu berkayuh bagi mengumpul dana untuk disalurkan kepada Rumah Anak Yatim dan Asnaf As-Sakinah, Papar.

Menerusi program kayuhan amal di Sandakan, sebanyak RM2,828 berjaya dikumpul hasil kutipan yuran penyertaan peserta serta sumbangan daripada H&C Sales and Service dan Typoon.

Advertisement