Anda di sini

Pemuda maut motosikal terbabas

Advertisement

KOTA TINGGI: Seorang pemuda maut apabila motosikalnya terbabas di Jalan Besar Sungai Rengit-Pengerang berhampiran Kampung Lepau di sini kelmarin.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Rahmat Othman berkata kemalangan kira-kira jam 5.40 petang itu menyebabkan Norazzman Samad, 21, dari Kampung Simon, Teluk Ramunia, Pengerang meninggal dunia di tempat kejadian.

“Norazzman menunggang sendirian motosikal jenis Yamaha 125Z itu dan kemalangan berlaku dalam keadaan hujan,” katanya.

Rahmat berkata motosikal terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum melanggar penghadang jalan di sebelah kiri bahu jalan dari arah Pengerang ke simpang Kota Tinggi-Sungai Rengit.

Beliau berkata mayat Norazzman dihantar ke Unit Forensik Hospital Kota Tinggi untuk bedah siasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987. — Bernama

 

Advertisement