Anda di sini

Gempa bumi lemah landa daerah Ranau

Advertisement

KUALA LUMPUR: Satu gempa bumi lemah melanda daerah Ranau di Sabah dengan kekuatan 3.2 pada skala Richter pada jam 6.17 pagi semalam.

Jabatan Meteorologi dalam satu kenyataan berkata pusat gempa bumi terletak di 6.0 darjah Utara dan 116.6 darjah Timur, kira-kira 11 kilometer Barat dari kawasan itu.

Gegaran dirasai di sekitar daerah Ranau, menurut kenyataan itu. — Bernama

Advertisement