Anda di sini

Ciptakan produk inovasi tahun depan

Advertisement
 Madius (kanan) menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang hadir ke majlis rumah terbuka MOSTI.

RUMAH TERBUKA: Madius (kanan) menyambut ketibaan Yang Dipertua Negeri Sabah, Tun Juhar Mahiruddin yang hadir ke majlis rumah terbuka MOSTI.

TUARAN: 2016 adalah tahun pengkomersilan inovasi dan rakyat Sabah digalakkan untuk menghasilkan ciptaan produk masing-masing untuk dipasarkan.

Menteri Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI), Datuk Wilfred Madius Tangau berkata, produk yang dihasilkan boleh terdiri daripada apa sahaja seperti teknologi, makanan atau cara untuk mengatasi masalah tetapi ianya perlu berinovasi.

“Sempena dengan tahun pengkomersilan inovasi itu, semua rakyat di semua peringkat perlu berinovasi dengan mencipta sesuatu yang baru.

“Usaha itu akan kita jayakan dan dikomersilkan dalam pasaran domestik atau antarabangsa,” katanya kepada pemberita dalam satu majlis rumah terbuka MOSTI sempena dengan sambutan Hari Natal di sini kelmarin.

Beliau berkata, beliau sendiri akan memimpin satu jawatankuasa pelaksana di peringkat kebangsaan yang akan melibatkan semua kementerian agar tahun depan benar-benar akan mampu mengkomersilkan ciptaan rakyat Malaysia.

Katanya, 2015 adalah tahun pengkomersilan peringkat MOSTI dan sebanyak 67 produk telah dikomersilkan dan berharap seluruh kementerian yang terlibat pada tahun hadapan dapat meningkatkan jumlah itu.

“Kita mesasarkan sejumlah 60 produk inovasi dikeluarkan setiap tahun sehingga tahun 2020 dan ketika menjelang tahun itu, sejumlah lebih kurang 360 produk inovasi berjaya dihasilkan.

“Cabaran ekonomi akan lebih hebat pada tahun hadapan akibat daripada penurunan harga petrol di pasaran antarabangsa, oleh itu rakyat boleh mencari pendapatan dengan menghasilkan produk berinovasi.

“Sebagai contohnya, makanan tradisional ‘tuhau’ di Sabah kini telah mempunyai produk Serunding Tuhau….produk ini kini telah diekport ke luar negara,” katanya.

Sementara itu, rancangan penubuhan Pusat Sains Negara di Tuaran akan mempunyai fasiliti dan infomasi yang lebih terkini berbanding Pusat Sains Negara yang sedia ada.

Katanya, pengumuman untuk membina pusat itu di Tuaran bukan disebabkan beliau adalah Ahli Parlimen Tuaran tetapi disebabkan lokasi itu tidak jauh daripada pusat bandar, sesuai serta mempunyai sebidang tanah persekutuan di kawasan itu.

“Kita ingin melihat bangunan itu terdapat peningkatan berbanding Pusat Sains Negara yang ada kini.

“Kita mahukan generasi muda untuk lebih tertarik dan minat kepada bidang sains,” katanya.

Menurutnya, perkembangan projek itu kini masih di peringkat permulaan memandangkan perancangan serta beberapa prosedur perlu diutamakan.

 

 

Advertisement