Anda di sini

Surau Darul Ehsan Kampung Merasam lakar kejutan

Advertisement

LIMBANG: Pasukan bukan pilihan, Surau Darul Ehsan Kampung Merasam, Limbang melakar kejutan apabila menjuarai Kejohanan Bola Sepak Remaja Masjid dan Surau Daerah 2015 di Padang Bola Sepak Majlis Daerah Limbang Ahad lalu.

Selaku juara mereka membawa pulang wang tunai RM1,500 dan piala pusingan, iringan dan sijil manakala Surau Darul Salihin Kampung Tamiang, Limbang naib juara memenangi RM1,000 dan piala.

Sementara itu, Surau Nur Ehsan Kampung Lubok Piasau dan Surau Darul Ehsan Kampung Bunga Raya terpaksa berkongsi tempat ketiga masing-masing meraih RM400 dan piala iringan.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Pegawai Jabatan Agama Islam Bahagian Limbang, Sazali Datuk Abdul Kadir.

Dalam pada itu, Sazali berkata kejohanan memasuki edisi keempat itu berjaya mengetengahkan bakat anakanak muda Islam dalam sukan nombor satu negara itu.

Katanya, selain menjadi landasan menarik golongan belia ke masjid program kesukanan ini juga diadakan menggalakkan mereka melibatkan diri bukan sahaja dalam program berbentuk keagamaan tetapi aktiviti sihat.

Advertisement