Anda di sini

76 peserta sertai Kejohanan Golf Jemputan Sarawak Energy Berhad

Advertisement

KUCHING: Seramai 76 peserta mengambil bahagian pada Kejohanan Golf Jemputan Sarawak Energy Berhad (SEB) berlangsung di Kelab Golf Sarawak (KGS) di sini kelmarin.

Kejohanan yang merupakan acara tahunan SEB itu disertai wakil dari pelbagai agensi dan jabatan kerajaan, rakan perniagaan dan beberapa pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif SEB, Datuk Torstein Dale Sjotveit dalam ucapannya berkata pertandingan persahabatan itu bertujuan mengukuhkan hubungan kerjasama antara SEB dan rakan-rakan perniagaan.

“Objektif utama pertandingan ini ialah mengeratkan hubungan dengan rakanrakan perniagaan di luar urusan pejabat,” katanya.

Menurutnya, hubungan kerja yang baik merupakan tunjang utama dalam memastikan kelangsungan pelaksanaan projek SEB.

Katanya, ia sekali gus mencapai wawasan untuk menghasilkan pertumbuhan yang mapan bagi memenuhi keperluan rantau ini.

Kejohanan itu menyaksikan Pengurus Kanan SEB, Magit Semong muncul pemenang keseluruhan.

Sementara itu, Setiausaha Tetap Kementerian Pembangunan Sosial (KPS), Kameri Affandi dinobat sebagai juara keseluruhan bagi kategori VIP.

Manakala Kumpulan A (Handicap 18 dan ke bawah) diungguli Abdul Alik Suhari dari Polis Diraja Malaysia (PDRM) di samping Pengarah Wacis Engineering Consultant, Kenny Thian menjuarai Kumpulan B (Handicap 19 dan ke atas).

Advertisement