Anda di sini

Persela FC mengukuhkan penguasaan menjulang kejuaraan Kuching Futsal 5v5

Advertisement
 Skuad FBI (Persela FC) meraikan kejuaraan mereka merangkul gelaran Futsal 5v5 di Kuching Ahad lalu.

TERBAIK: Skuad FBI (Persela FC) meraikan kejuaraan mereka merangkul gelaran Futsal 5v5 di Kuching Ahad lalu.

KUCHING: FBI (Persela FC) mengukuhkan penguasaannya apabila muncul juara Kejohanan Kuching Futsal 5v5 2015 selepas menewaskan Vistawish dengan jaringan 2-1 pada aksi final di Stadium Futsal Coneli, Matang di sini kelmarin.

Kemenangan tersebut sekali gus melayakkan FBI membawa pulang piala kejohanan berserta wang tunai berjumlah RM1,200 dan medal.

Manakala tempat ketiga bersama disandang pasukan Real Boca A dan Real Boca B yang membawa pulang wang tunai RM850.

Bagi anugerah khas menyaksikan Mohd Faizal Zamri dari pasukan FBI diumumkan sebagai pemain terbaik.

Manakala rakan sepasukan, Mohd Alim Mahmud sebagai penjaga gol terbaik dan Real Boca A pula dianugerahkan sebagai pasukan terbaik.

Sementara itu, kategori bawah 15 tahun didominasikan oleh KRT Allamanda selepas menundukkan K Two menerusi sepakan penalti setelah terikat tanpa jaringan pada perlawanan akhir.

Pasukan Ogie Team dan Tasiwa sekadar berpuas hati berkongsi tempat ketiga dalam kategori tersebut.

Sebanyak 16 pasukan dari lapan zon terpilih seluruh negeri berentap merebut gelaran dalam Futsal 5v5 Championship Cup 2015.

Kejohanan futsal berprestij negeri itu akan berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Kuching Selatan (MBKS) pada 30 dan 31 Januari depan.

Antara pasukan terlibat ialah Rimong Crocs, COIS B FT, Real Boca B, Persela FC, Nasa FT, Nurin, Velocity CF, X Two, Matrixx Utd, CIM, Mirza Vyper FT, SJ FT, TSP FT, Twister, Vasco dan Oncet.

Selain itu, beberapa kejohanan Futsal 5v5 lain turut berlangsung pada 9 dan 10 Januari (Bintulu), 16 dan 17 di Miri.

 

 

Advertisement