Anda di sini

Pendedahan awal bertaraf antarabangsa

Advertisement

Warrior akan hantar sembilan pemain wanita ke kejohanan Festival Pulau Pinang

// Oleh Mohd Achil Norrlatep //

 Para pemain Warrior yang sedang menjalankan latihan sebagai persediaan kejohanan.

PERSEDIAAN: Para pemain Warrior yang sedang menjalankan latihan sebagai persediaan kejohanan.

MIRI: Kelab Hoki The Warrior (Warrior) akan menghantar sembilan pemain hoki wanita ke kejohanan sempena Festival Pulau Pinang dari 10 hingga 13 Disember ini.

Jurulatih Hoki Miri Rudy Naziri memberitahu, hanya seorang daripada pemain hoki berkenaan mempunyai pengalaman dalam kejohanan sebelumnya iaitu Charlena Lawing.

“Hanya Charlena berpengalaman dalam kejohanan sebelumnya sementara yang selebihnya merupakan pemain baharu,” katanya.

Beliau berharap melalui kejohanan itu nanti, para pemain berkenaan akan didedahkan dengan pengalaman baharu dan mempertingkatkan kemahiran diri masing- masing.

Kejohanan di Pulau Pinang itu bertaraf antarabangsa dan ia merupakan satu daripada platform terbaik bagi para pemain tempatan, katanya.

Menurutnya lagi, pasukan berkenaan telah menyertai kejohanan itu selama tiga tahun dan keputusan terbaik dicapai pada 2014 apabila mereka berjaya mara ke suku akhir.

“Pada tahun ini rata-rata pemain berumur bawah 15 tahun dan mereka bakal diberi pendedahan awal pada kejohanan bertaraf antarabangsa,” jelasnya lagi.

Kelab berkenaan juga, katanya, sentiasa memastikan para atletnya mendapat pendedahan terbaik demi kejayaan sukan hoki dan masa depan mereka.

 

Advertisement