Anda di sini

Peminat futsal dipelawa sertai Piala Futsal AMK Miri

Advertisement

MIRI: Peminat sukan futsal di sini dipelawa mengambil bahagian dalam pertandingan Piala Futsal Angkatan Muda Keadilan (AMK) Miri yang akan diadakan di gelanggang futsal Mutiara Miri pada 18 Disember ini.

Ketua AMK Miri Steve Teo memberitahu, pertandingan terbuka kepada semua rakyat Malaysia dengan bayaran yuran penyertaan RM120 untuk setiap pasukan.

“Kita menawarkan hadiah lumayan iaitu RM1,000, RM500 dan RM300 kepada juara, pemenang tempat kedua dan ketiga,” jelas beliau.

Beliau berharap aktiviti ini dapat memberi peluang warga Miri terutamanya anak muda peluang memperkukuhkan persahabatan menerusi sukan.

Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo dan ADUN Semambu Lee Chean Chung dijangka hadir merasmikan pertandingan ini nanti.

“Pertandingan ini terbuka kepada 32 pasukan dan bilangan pemain sepasukan tidak boleh melebihi lapan orang,” jelas Steve.

Borang penyertaan boleh mula diperolehi bermula Sabtu, 21 November hingga 30 November dan 7 hingga 11 Disember di Klinik Teo.

Borang bersama yuran harus diserahkan kepada penganjur sebelum 11 Disember.

Advertisement