Anda di sini

Malam Bersatu PBS dimeriahkan lebih 1,000 delegasi

Advertisement
 Pengerusi penganjur majlis Datuk Joniston Bangkuai (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pairin (tengah) sambil diperhatikan oleh Maximus (dua kiri), Yee (kanan) dan Jamilah (kiri).

MALAM BERSATU: Pengerusi penganjur majlis Datuk Joniston Bangkuai (dua kanan) menyampaikan cenderahati kepada Pairin (tengah) sambil diperhatikan oleh Maximus (dua kiri), Yee (kanan) dan Jamilah (kiri).

KOTA KINABALU: Lebih 1,000 orang termasuklah delegasi dan ahli Parti Bersatu Sabah (PBS) memeriahkan majlis Malam Bersatu sempena kongres tahunan ke-30 parti berkenaan pada malam Ahad lepas.

Presiden PBS Tan Sri Joseph Pairin Kitingan berkata, majlis berkenaan bertujuan meraikan para pemimpin serta ahli PBS dari semua peringkat.

Pada masa sama katanya, ia dapat mengeratkan jalinan persefahaman dan hubungan kerjasama yang terjalin sesama mereka.

“PBS kekal kuat dan relevan lebih 30 tahun kerana kesatuan yang utuh serta perpaduan yang wujud antara pemimpin dan ahli parti ini.

“Justeru, PBS akan terus menjadi parti yang relevan kerana PBS tidak pernah menyimpang daripada perjuangannya yang sebenar demi kepentingan rakyat,” katanya ketika berucap merasmikan majlis itu.

Pairin berkata, pihaknya akan terus menyuarakan isu berkaitan hak serta kepentingan rakyat dan negeri Sabah.

Beliau yang juga Timbalan Ketua Menteri meminta seluruh ahli serta penyokong PBS tidak goyah dalam perjuangan mereka.

Selain itu jelasnya, ia juga bagi keadilan, kesaksamaan dan layanan yang sama rata kepada semua lapisan masyarakat tanpa mengira bangsa dan agama.

Turut hadir, Timbalan Presiden PBS Datuk Seri Panglima Dr Maximus Ongkili, Datuk Dr Yee Moh Chai dan Datuk Jamilah Sulaiman.

 

 

Advertisement