Anda di sini

ERA96 rangkul kejuaraan ‘street soccer’

Advertisement
 Pasukan ERA96 juara kejohanan ‘street soccer’ anjuran Fansocca yang julung kali diadakan di Miri.

JUARA: Pasukan ERA96 juara kejohanan ‘street soccer’ anjuran Fansocca yang julung kali diadakan di Miri.

MIRI: Pasukan ERA96 berjaya merangkul kejuaraan ‘street soccer’ pada Kejohanan Fansocca Futsal Cup 2015 yang julung kali diadakan di sini dengan membawa pulang piala, wang tunai RM700 dan medal.

Kemenangan tersebut diperolehi setelah menewaskan pasukan Zalabanza melalui penentuan sepakan penalti.

Manakala Zalabanza yang terpaksa akur di tempat kedua membawa pulang wang tunai RM500 dan medal.

Pasukan Intrim mendapat tempat ketiga setelah menewaskan KPU B juga melalui penentuan sepakan penalti dan membawa pulang wang tunai RM300 berserta medal.

Kejohanan tersebut berlangsung pada 13 hingga 15 November lalu di Stadium Tertutup Miri dan disertai 64 pasukan berentap dalam kategori lelaki terbuka berakhir dengan jayanya.

Kejohanan itu dianjurkan sebuah syarikat pengurusan acara sukan tempatan, Fansocca Enterprise yang juga giat membangunkan sukan ‘street soccer melalui projek ‘Malaysia Street Soccer’.

Para penonton memberi sokongan dan setia sehingga ke peringkat akhir.

Arena kejohanan juga ditambah serinya dengan gerai jualan barangan sukan oleh Otinrami.com yang juga merupakan penaja utama kejohanan ini.

Otinrami.com menaja baju percuma kepada 43 pasukan pertama yang mendaftar pada kejohanan itu.

Turut mengadakan pameran ialah EMN Agency & Services iaitu sebuah agensi perkhidmatan perancangan insurans dan takaful yang memberi kesedaran tentang perancangan kewangan.

Sementara itu, siri Kejohanan Fansocca Futsal Cup akan diteruskan di lokasi-lokasi lain di Sabah dan Sarawak.

Untuk maklumat lanjut sila kunjungi facebook.com/fansoccafutsal atau hubungi wakil Fansocca Enterprise, Heineken Laluan di talian 012-8097078.

 

 

Advertisement