Anda di sini

Putera FC berjaya mempertahankan kejuaraan

Advertisement

LAWAS: Putera FC berjaya mempertahankan kejuaraan apabila merangkul Piala Pusingan Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan di sini petang kelmarin.

Pada perlawanan akhir, Putera FC tidak berdepan masalah menjinakkan Siang-Siang FC dengan 3- 1 meskipun beraksi dalam keadaan padang kurang memuaskan di Stadium Banting Lawas.

Selaku juara mereka membawa pulang piala pusingan, pingat dan wang tunai RM5,000.

Manakala Siang-Siang FC menerima piala, pingat dan wang tunai RM3,000.

Sementara itu, pasukan Budak Pasir dan Sapsapsui berkongsi kedudukan tempat ketiga menerima piala, pingat dan RM1,000.

Hadiah kemenangan disampaikan oleh Menteri Perancangan Sumber dan Alam Sekitar Kedua, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

Turut sama Ahli Parlimen Lawas Datuk Henry Sum Agung, Timbalan Residen Limbang Selamat Jati Yanjah, Pegawai Daerah Lawas Hussaini Hakim, Pemain Ngap Sayot Joseph Kalang Tie dan pemain Sarawak kelahiran Lawas, Ashari Chuchu serta Pengurus Pasukan Putera FC, Aji Kadir Bayan.

Advertisement