Anda di sini

Lelaki cuba curi kabel elektrik di pencawang sesb diberkas

Advertisement

TAWAU: Pasukan Polis Bantuan Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) berjaya memberkas seorang lelaki yang cuba mencuri kabel elektrik di sebuah pencawang SESB di Batu 3, dekat sini kelmarin.

Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Muhamad Nazri Pazil berkata suspek berusia lingkungan 20-an dan merupakan warga asing itu ditahan kira-kira jam 5 petang di pencawang elektrik berkenaan.

“Suspek dipercayai cuba untuk mencuri peralatan dan kabel tembaga di dalam pencawang elektrik itu. Turut dirampas beberapa peralatan yang dipercayai digunakan untuk mencuri kabel elektrik,” katanya dalam satu kenyataan.

Suspek kemudiannya diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut, katanya. — Bernama

Advertisement