Anda di sini

White Tiger juara Futsal Junior

Advertisement
 Pasukan White Tiger FC merakam kenangan bersama selepas menjuarai Kejohanan Futsal Junior Ke-8 2015.

KAMI JUARA: Pasukan White Tiger FC merakam kenangan bersama selepas menjuarai Kejohanan Futsal Junior Ke-8 2015.

KUCHING: Pasukan White Tiger muncul juara kategori bawah 15 tahun pada Kejohanan Futsal Junior Ke-8 2015 yang dianjurkan di Arena Sukan di sini semalam.

Pasukan remaja itu berjaya menewaskan Santana FC B pada pusingan akhir kejohanan tersebut dengan jaringan 4-1.

White Tiger membawa pulang wang tunai RM800 berserta Piala Kejohanan Futsal Junior Ke-8 kategori bawah 15 tahun, piala iringan dan pingat.

Sementara itu, Santana FC B pula membawa pulang wang tunai RM500 dan pingat.

Manakala dua pasukan yang layak ke separuh akhir Ogie FC dan Kanoli FC turut membawa pulang wang tunai RM300 berserta pingat.

Di fahamkan pasukan White Tiger FC akan mewakili Sarawak pada Disember ini bagi Kejohanan Futsal Grand Final Milo di Kuala Lumpur.

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan oleh Pengurus Kompleks Arena Sukan Terry Enjeng.

 

 

Advertisement