Anda di sini

Terengganu sedia tawan Bumi Kenyalang

Advertisement

KUALA TERENGGANU: Selepas menghantar pelumba berlatih dua minggu di Sarawak, Persatuan Lumba Basikal Terengganu (PLBT) akan mencari laluan mirip seperti yang akan digunakan di Sukan Malaysia (SUKMA) di Bumi Kenyalang tahun depan.

Ketua jurulatih PLBT Syed Mohd Hussaini Syed Mazlan berkata latihan intensif dua minggu di Sarawak itu berjaya meningkatkan prestasi pelumba Terengganu selain memberi pendedahan kepada bentuk muka bumi Sarawak yang unik dan bergunung-ganang.

“Oleh itu, kami akan mencari laluan di Terengganu yang hampir serupa dengan laluan SUKMA nanti untuk pelumba kami membiasakan diri.

“Kami membawa 21 pelumba termasuk lima wanita dalam usaha memberi pendedahan awal kepada laluan yang akan digunakan pada SUKMA khususnya untuk acara lebuh raya,” katanya kepada Bernama sekembalinya dari Sarawak semalam.

Menurut Syed Mohd Hussaini, setelah melihat bentuk muka bumi Sarawak, ternyata laluan yang bakal digunakan sememangnya mencabar. — Bernama

 

Advertisement