Anda di sini

Sepak Takraw: Boboy C merangkul Piala UPP

Advertisement

SARIKEI: Pasukan Boboy C berjaya menyingkirkan 15 pasukan lain pada kejohanan Sepak Takraw Piala Parti Rakyat Bersatu (UPP) Cawangan Sarikei, petang kelmarin.

Kejohanan itu berlangsung di Gelanggang Sepak Takraw, Rumah Tapoi, Sungai Setajam dan disertai sebanyak 16 pasukan.

Pengerusi penganjur, Gerunsing Empik berkata kejohanan itu adalah mencungkil dan mengilap bakatbakat muda dalam sukan sepak takraw.

“Ia turut menjadi landasan menyemai amalan hidup sihat kepada generasi muda melalui aktiviti bersukan.

“Melalui pertandingan ini merapatkan hubungan silaturahim dan perpaduan kalangan penduduk setempat,” katanya.

Perasmian kejohanan itu disempurnakan oleh Pengerusi UPP Cawangan Sarikei, Chan Pan Chan.

Tempat kedua dimenangi pasukan Boboy A, manakala ketiga bersama dimenangi Boboy B dan Setajam B.

Semua pemenang menerima hadiah berupa pingat.

 

 

Advertisement