Anda di sini

Kejohanan Futsal Piala BBSB tahun hadapan tawar hadiah lebih lumayan

Advertisement
 Shamsuddin (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Maritim muncul juara Kejohanan Futsal Piala BBSB 2015.

TAHNIAH: Shamsuddin (tiga kanan) menyampaikan hadiah kepada pasukan Maritim muncul juara Kejohanan Futsal Piala BBSB 2015.

BINTULU: Kejohanan Futsal Piala Biport Bulkers Sdn Bhd (BBSB) edisi tahun hadapan dijangka menawar hadiah lebih lumayan berbanding tahun ini sekali gus dua kategori akan ditambah membabitkan pasukan bawah 15 tahun dan wanita.

Ketua Pegawai Operasi BBSB, Shamsuddin Ismail berkata tahun ini merupakan edisi kelima sejak dianjurkan 2012 menerima sambutan menggalakkan daripada pasukan-pasukan bertanding.

“Tiap-tiap tahun kami menambah jumlah hadiah sehinggalah kemuncak edisi kali ini dengan hadiah keseluruhan berjumlah RM11,000,” katanya ditemui selepas kejohanan di Stadium Muhibah di sini kelmarin.

Menurutnya, kejohanan itu merupakan projek tanggungjawab sosial korporat (CSR) syarikat dan beberapa projek lain membantu masyarakat tempatan menjalan aktiviti-aktiviti.

Katanya, kejohanan itu diadakan pada akhir tahun bertujuan menggalakkan penyer taan masyarakat dalam sukan itu serta menyahut saranan kerajaan memantapkan sukan futsal.

“Kami berpuas hati dengan penyertaan kali ini sehingga membabi tkan sepuluh pasukan dari luar Bintulu dan tahun hadapan kami merancang menganjur dalam skala besar,” katanya.

Dalam ucapannya, Shamsuddin meluahkan rasa suka cita melihat pasukan bertanding mempamerkan mutu permainan yang baik serta menampakkan kemajuan dari tahun ke tahun.

“Pasukan yang kurang bernasib baik cuba lagi tahun hadapan dan diharap pasukan bertanding tahun ini dapat menyertai lagi tahun hadapan,” katanya.

Sementara itu, Pengurus skuad Maritim, Nurizman Abdul Rahman yang membawa pasukannya muncul juara futsal tersebut berkata, penganjuran kejohanan itu cukup baik menarik pasukan luar bermain di Bintulu sekali gus dapat mendedahkan orang ramai dengan sukan futsal.

Manakala Kapten skuad Maritim, Amar Asyraf Abu Bakar berkata penyertaan itu merupakan pengalaman pertama pasukannya dari Semenanjung Malaysia ke Bintulu.

“Saya melihat pasukanpasukan di sini mempunyai potensi untuk maju ke hadapan, justeru penganjuran kejohanan ini masa akan datang meningkatkan mutu permainan pasukan,” jelasnya.

Sebanyak 40 pasukan dari Bintulu dan luarnya termasuk Semenanjung Malaysia menyertai kejohanan itu.

Pada 2011 dan 2012, juara disandang Pembangunan FC, Syawal Engineering FC (2013) dan H Kromo FC (2014).

 

 

Advertisement