Anda di sini

Simboh FC, Jambu United FC ke separuh akhir Piala James Dawos

Advertisement

KUCHING: Simboh FC dan Jambu United FC mara ke separuh akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr James Dawos Mamit.

Simboh FC menewaskan PMK FC dengan jaringan 2- 0 manakala Jambu United FC menang tipis 2-1 ke atas Real Snungan dalam perlawanan suku akhir yang berlangsung di padang bola sepak Kampung Simboh, petang semalam.

Perlawanan suku akhir kedua akan berlangsung pada 15 November depan di padang bola sepak Kampung Simboh.

Penentuan bagi dua lagi pasukan untuk mara ke separuh akhir itu akan menyaksikan pertarungan antara Kampung Boy menentang Real Madrid Fun Club dan Ong Team menentang Olek Strike FC.

Perlawanan akhir Kejohanan Bola Sepak Piala Datuk Seri Dr James Dawos Mamit akan berlangsung pada 29 November ini.

Kejohanan ini adalah dianjurkan oleh Pergerakan Pemuda Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Bengoh dengan kerjasama Kampung Simboh.

Juara bakal membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500, piala pusingan dan pingat manakala tempat kedua dan ketiga masingmasing menerima wang tunai RM1,000 dan RM500 serta pingat.

Turut ditawarkan anugerah pemain terbaik, penjaring terbanyak atau kasut emas dan pasukan fair-play.

 

Advertisement