Anda di sini

SBS Giant juara Siol Mountain Bike XCO Challenge 2015

Advertisement

KUCHING: Pasukan SBS Giant Racing buat kali kedua merangkul Piala Datuk Bandar, Sarawak Energy Siol Mountain Bike XCO Challenge 2015.

Pasukan tersebut diwakili Mohd Adham Mohd Arif, Tan Chee Yong, Maszyaton Mohd Radzi dan Muhammad Fauzan Ahmad Lufti.

Manakala dalam kategori Junior Lelaki, Mohd Faizikry Jumah dari Sabah muncul juara menewaskan Mohd Adham Mohd Arif daripada SBS Giant Racing dan Wan Haikal Wan Zainal daripada MSN Sarawak/Polygon masing- masing di tempat kedua dan ketiga.

Kategori Veteran Lelaki pula diungguli oleh Nor Sufian daripada pasukan Corbusier setelah dicabar hebat oleh Chung Xan Tang daripada pasukan 3GX dan Tan Chee Yong dari pada pasukan SBS Giant Racing yang akhirnya akur di tempat kedua dan ketiga.

Masziyaton Mohd Radzi daripada pasukan SBS Giant Racing turut muncul juara kategori Terbuka Wanita menewaskan Siti Aisyah Alias dari Pahang dan Siti Nur Adibah Mohd Fuad daripada MSN Kedah di tempat kedua dan ketiga.

Sementara, Kategori Terbuka Lelaki dimenangi oleh Muhammad Fauzan Ahmad Lufti juga daripada pasukan SBS Giant Racing manakala tempat kedua dan ketiga disandang oleh Shahrin Amir dan Ma Chau Ying.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Datuk Bandar Dewan Bandaraya Kuching Utara (DBKU) Datuk Abang Abdul Wahap Abang Julai.

 

Advertisement