Anda di sini

Sadong juara Kejohanan Golf Piala Pengerusi SEDC 2015

Advertisement

KUCHING: Sadon Ahmad melakar nama sebagai antara juara terhebat Kejohanan Golf Piala Pengerusi Perbadanan Pembangunan Ekonomi Sarawak (SEDC) apabila merangkul piala cabaran edisi tahun ini selain muncul pemenang ‘Nett’ bagi kategori terbuka.

Dengan kemenangan itu, Sadon menerima hadiah utama berupa penginapan tiga hari dua malam di Baruk Suite, Damai Beach Resort dan hadiah ‘Nett’ juga adalah penginapan tiga hari dua malam di Damai Beach Resort.

Manakala Norazle Idris muncul pemenang ‘Gross’ bagi kategori terbuka dengan hadiah berupa penginapan tiga hari dua malam di Standard Balcony Room, Damai Beach Resort.

Peter Umak dan Azizul Anuar Adenan pula masingmasing mengungguli ‘Nett’ dan ‘Gross’ bagi kategori Tetamu Jemputan dengan hadiah penginapan tiga hari dua malam di Damai Beach Resort.

Pemenang ‘Nett’ dan ‘Gross’ Kategori VIP pula dimenangi oleh Datu Misnu Taha dan Datuk Kamal Husin selain turut menerima penginapan tiga hari dua malam di Damai Beach Resort.

Penyampaian hadiah kepada para pemenang disempurnakan oleh pengerusi penganjur yang juga Pengurus Besar SEDC Soedirman Aini di Damai Golf & Country Club dekat sini, semalam.

Kejohanan Golf Piala Pengerusi SEDC 2015 telah berlangsung pada 7 dan 8 November lepas.

Acara tahunan SEDC itu pada kali ini turut mendapat penyertaan menggalakkan dengan lebih 100 pemain berentap bagi Kategori Terbuka dan lebih 150 pemain bagi Kategori Jemputan dan VIP.

 

Advertisement