Anda di sini

Akademi Axis ungguli kategori Bawah 10 dan 12 tahun futsal Arena Sukan

Advertisement

KUCHING: Akademi Axis mengungguli kategori Bawah 10 dan 12 tahun Pertandingan Futsal Remaja Arena Sukan 2015 Ke-8 yang berlangsung di gelanggang futsal itu semalam.

Dalam kategori Bawah 10 Tahun, Axis menewaskan musuh ketat White Tiger’s FC 1-0 untuk muncul juara.

Tempat ketiga bersama pula dimenangi AFAS B dan Putra Tiger’s.

Manakala dalam kategori Bawah 12 Tahun, Axis berjaya menjinakkan Ogie Team 2-0 dalam perlawanan yang cukup sengit.

Tempat ketiga bersama dirangkul SJK Chung Hua No. 2 dan Akademi Futsal Arena Sukan (AFAS).

“Satu permulaan yang baik untuk pemain-pemain muda Akademi AXIS,” ujar Pengurus merangkap Ketua Jurulatih, Zulkarnain Poasa semalam.

“Ia kejayaan yang cukup manis lebih-lebih lagi kita berjaya menewaskan Ogie FC yang merupakan wakil Sarawak pada Kejohanan Piala Milo.

“Saya harap kemenangan ini akan menjadi penanda aras kepada prestasi pelatih akademi pada masa akan datang,” katanya lagi.

 

Advertisement