Anda di sini

Laporan polis dibuat kerana ada asas kukuh: Pakatan Pro BN

Advertisement

KOTA KINABALU: Pakatan NGO Pro BN kerap membuat laporan polis mengenai isu fitnah dan pembohongan yang dikaitkan dengan be-berapa pemimpin kanan DAP Sabah kebelakangan ini kerana mempunyai asas kukuh berkaitan isu ber-kenaan, kata Presidennya Zulkarnain Mahdar.

Beliau menegaskan laporan polis merupakan saluran undang-undang yang telah ditetapkan di negara ini bagi membolehkan pihak berkuasa mengambil tindakan.

“(Pakatan) Pro BN membuat laporan polis kerana mempunyai asas bukti yang kukuh bahawa beberapa pe-mimpin DAP dan pemimpin pembangkang lainnya jelas berbohong dan memfitnah mengenai banyak perkara.

“Saya cabar mereka untuk saman saya jika saya berbohong dengan mengatakan bahawa seorang pemimpin DAP berbohong dengan me-ngatakan bahawa dia adalah seorang Bumiputera asal Sabah sehingga Sijil Anak Negerinya ditarik balik oleh kerajaan negeri Sabah,” kata-nya dalam kenyataan di sini semalam.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha DAP Sabah Dr Edwin Bosi dalam akhbar setempat pada Ahad lalu yang mengatakan bahawa Pakatan NGO Pro BN adalah juara membuat laporan polis.

Zulkarnain turut meminta Edwin membuktikan bahawa beliau tidak bercakap benar apabila membuat laporan polis terhadap Ahli Dewan Unda-ngan Negeri kawasan Likas Junz Wong kerana menipu rakyat apabila mengatakan seorang wanita telah dicederakan di kompleks beli-belah Suria Sabah yang akhirnya disahkan polis sebagai tidak benar.

“Sememangnya tindakan Pakatan NGO Pro BN tidak disenangi oleh Edwin kerana kami telah banyak men-dedahkan pembohongan pembangkang terutama pe-mimpin DAP.

Tindakan kami ini terlalu penting untuk memberitahu rakyat bahawa pemimpin pembangkang hanya tahu becakap besar tetapi kosong dalam banyak perkara,” katanya.

Zulkarnain berkata Edwin mungkin inginkan Pakatan NGO Pro BN mengikut jejak langkah mereka bertindak berdasarkan ‘rakyat hakim negara’ seperti slogan pembangkang namun Pakatan NGO Pro BN tidak sebodoh itu sebaliknya akan bertindak berdasarkan saluran undang-undang negara.

Katanya Edwin sepatutnya menjawab persoalan mengenai apakah tindakan Edwin dan DAP terhadap pemimpin kanan DAP Sabah dan Junz Wong apa-bila mereka berbohong terutama sekali melibatkan Sijil Anak Negeri, fitnah terhadap anggota Kawasan Keselamatan Khas Pantai Timur Sabah (ESSCom) serta isu wanita cedera dan bukan mengalihkan isu yang memperlihatkan sikap kurang matang Edwin dalam berpolitik. — Bernama

Advertisement