Anda di sini

GST bantu negara ketika harga minyak jatuh: Najib

Advertisement

KANGAR: Hasil daripada Cukai Barang dan Perkhid-matan (GST) membantu kewangan negara ketika Malaysia berhadapan den-gan kejatuhan harga minyak, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

“Mujur kita ada GST, kalau tak ada GST, memanglah tertekan kewangan kita.

Tertekan sebab bila harga minyak merudum, bermakna dividen Petronas berkuran-gan, royalti berkurangan.

Daripada mana kita nak tampung banyak belanja,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis perasmian berkelompok per-sidangan perwakilan UMNO Bahagian Padang Besar, Kangar dan Arau di Dewan Wawasan 2020, di sini, se-malam.

Najib berkata pelaksanaan GST bukan untuk menyusa-hkan rakyat dan beliau berpe-gang kepada prinsip ‘daripada rakyat kita akan kembalikan kepada rakyat’.

“Saya telah berjanji kepada rakyat bahawa (hasil) tam-bahan daripada GST ini kita akan paparkan dalam bajet akan datang ke arah mana kita belanjakan duit tambahan itu,” katanya.

Najib menjelaskan masa-lah berhubung GST timbul apabila ada peniaga yang tidak jujur dan memanipulasi keadaan.

“Seperti Shahidan (Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim) sebut dia (peniaga) tambah GST tetapi SST (Cukai Jualan dan Perkhidmatan) dia tak mansuh,” katanya sambil menjelaskan GST kini dilak-sanakan di 160 buah negara.

Sehubungan itu, Najib meminta orang ramai memilih peniaga yang jujur dan tidak mengambil kesempatan.

“Kita pilihlah tempat dan peniaga yang men-jual barang dengan harga yang berpatutan,” katanya. — Bernama

 

Advertisement