Anda di sini

18 AJK PAS Kelana Jaya letak jawatan

Advertisement

SHAH ALAM: Seramai 18 orang Anggota Jawatan Kuasa (AJK) PAS kawasan Kelana Jaya yang dipimpin Yang Dipertuanya Izham Hashim meletak jawatan mulai semalam bagi menyertai Gerakan Harapan Baru (GHB).

Termasuk yang berbuat demikian ialah Timbalan Yang Dipertua Omar Ahmad, Naib Yang Dipertua Muzammil Hafiz dan tujuh orang Ketua Cawangan.

Izham berkata jumlah tersebut melibatkan lebih dua pertiga daripada keseluruhan AJK PAS Kelana Jaya dan mereka menyerahkan kepada pimpinan PAS Pusat untuk mengambil alih pentadbiran seterusnya di kawasan berkenaan.

“Peletakan jawatan ini secara keseluruhan melibatkan 87 pimpinan di pelbagai peringkat di kawasan Kelana Jaya dan ia bertepatan dengan masa dan waktu untuk kami menjayakan dan bersama dalam mendokong cita-cita murni melalui usaha politik Islam yang lebih kami yakini yang bersifat inklusif, progresif dan sejagat yang merentasi kaum, agama dan budaya,” katanya dalam sidang akhbar di sini semalam.

Sementara itu Timbalan Yang Dipertua PAS kawasan Subang, Roslan Abu Bakar dalam sidang akhbar yang sama berkata beliau turut meletak jawatan bersama tiga AJK Dewan Muslimat. — Bernama

Advertisement