Anda di sini

Julius mencatat sejarah

Advertisement
 Tetamu bersama para pemenang pelbagai kategori selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kuching Marathon 2015 di Kuching semalam.

PEMENANG: Tetamu bersama para pemenang pelbagai kategori selepas Majlis Penyampaian Hadiah Kuching Marathon 2015 di Kuching semalam.

TA01162Bekas atlet Kenya itu juara maraton penuh 42km terbuka lelaki di Kuching

Oleh Henrietta Liza //

KUCHING: Julius Kimtai Rotich, 42, bekas atlet Kenya ke Sukan Komanwel 1998 di Kuala Lumpur kembali ke Malaysia untuk mencatat sejarah.

Beliau bergelar juara Maraton Penuh 42 kilometer lelaki terbuka dengan membawa pulang wang tunai bernilai RM15,000 pada Kuching Marathon 2015 di sini semalam.

“Acara larian bukan budaya kami tetapi, kami melakukannya sebagai motivasi diri.

“Kami biasa mengadakan latihan sejauh 25 sehingga 35 kilometer sehari pada waktu pagi dan petang dengan 10 orang dalam satu kumpulan sekurangnya bergantung dengan kawasan kediaman kami tinggal,” katanya berkongsi rahsia kejayaan ketika ditemui di sini semalam.

Julius

Julius

Sebelum ini, Julius pernah mengikuti banyak kejohanan Amerika Syarikat, Eropah dan Asia dalam 25 acara larian maraton kategori berlainan.

Dalam usahanya melakar nama sebagai pelari maraton, beliau turut menyokong anak-anaknya mengikuti jejak langkah dirinya.

Bermula bertanding pada usia 25 tahun di England merupakan kenangan paling sukar buatnya kerana merasai persaingan buat pertama kalinya.

Selain itu, beliau merupakan seorang petani di negaranya dan percaya kejayaan boleh dicapai sekiranya ada usaha mendapatkannya dilakukan.

Selain Kenya terdapat 35 buah negara termasuk Malaysia menyertai acara itu di Padang Merdeka di sini seawal jam 3 pagi semalam.

Menteri Muda Pelancongan, Datuk Talib Zulpilip hadir menyampaikan hadiah kepada pemenang.

Sementara itu, Pengarah Acara Kuching Marathon 2015, Liew Tang Chieh berkata pihaknya mensasarkan kenaikan penyertaan tidak kurang daripada 10,000 peserta bagi penganjuran yang sama pada 14 Ogos 2016.

Johan lain, Kategori Lelaki Terbuka 10km (Azwan Bunjing), Kategori Wanita Terbuka 10km (Hii Yieng Nyuk), Kategori Veteran 21km Lelaki (Lee Kim Hing), Kategori Veteran 21km Wanita (Lim Soo Gek).

Juga Kategori Terbuka 21km Lelaki (Bernard Mwenda Muthoni), Kategori terbuka 21km Wanita (Cynthia Chelangat Towett), Kategori Terbuka Malaysia 42km Lelaki (Fabian @ Osmond Daimon), Kategori Terbuka Malaysia 42km Wanita (Ewe Bee Hong).

Selain untuk Kategori Veteran 42km Lelaki (Wesley Kipkurui Chelule), Kategori Veteran 42km Wanita (Ewe Bee Hong), Kategori Terbuka 42km Lelaki (Julius Kimtai Rochi) dan Kategori Terbuka 42km Wanita (Ruto Beatrice Jepkorir).

Turut hadir Naib Presiden Kanan MSIG Insurance Malaysia Bhd Kong Siew Ha, Ketua Polis Daerah Kuching Roslan Bek Ahmad, Pengarah Urusan Plaza Merdeka Holdings, Steve Ng serta Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutif HONDA Malaysia, Yoichiro Ueno.

 

Advertisement