Anda di sini

Politeknik KK lepasi sasaran 75% kebolehpasaran graduan

Advertisement

Satu pencapaian amat membanggakan bagi Politeknik Kota Kinabalu

KOTA KINABALU: Politeknik Kota Kinabalu mencapai 84.86 peratus kebolehpasaran graduan bagi sesi Disember 2014, sekali gus melepasi sasaran 75 peratus dalam Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara, kata pengarahnya Roslee Yahya.

Beliau berkata pelan itu menekankan kebolehpasaran graduan sebagai agenda kritikal dan perlu mencapai sasaran sekurang-kurangnya 75 peratus graduan memperoleh pekerjaan sesuai kelayakan selepas tempoh enam bulan tamat pengajian.

“Ini merupakan satu pencapaian yang amat membanggakan bagi kami di Politeknik Kota Kinabalu dan diharap (peratusan kebolehpasaran graduan) akan terus meningkat,” katanya pada Istiadat Konvokesyen Ke-19 Politeknik Kota Kinabalu di sini, semalam.

Sebanyak 1,675 graduan dalam bidang Kejuruteraan Awam, Kejuruteraan Mekanikal, Kejuruteraan Elektrik, Perdagangan, Pelancongan dan Hospitaliti menerima diploma dan sijil masing-masing pada istiadat konvokesyen yang dirasmikan oleh Yang di-Pertua Negeri Sabah Tun Juhar Mahiruddin.

Bagi mencapai peningkatan peratusan kebolehpasaran graduan, Roslee berkata Politeknik Kota Kinabalu turut mengadakan kerjasama pintar dengan 400 firma tempatan untuk memberi peluang kepada pelajar menimba pengalaman, pengetahuan dan kemahiran menerusi latihan industri selama enam bulan.

Sebanyak 18,062 graduan telah dilahirkan sejak Politeknik Kota Kinabalu ditubuhkan 20 tahun lalu sehingga konvokesyen kali ini.

Sementara itu, Tun Juhar semasa menyampaikan perutusan pada istiadat konvokesyen itu berkata tiga perkara penting harus diberi perhatian oleh graduan Politeknik Kota Kinabalu bagi memastikan ilmu pengetahuan dimanfaatkan untuk kemaslahatan segajat.

Katanya tiga perkara itu ialah menjadikan ilmu pengetahuan sebagai alat memperkukuh pegangan agama, mengutamakan hubungan murni dengan mengaplikasikan ilmu pengetahuan untuk meningkatkan kualiti hidup sesama insan dan menjaga dan menghargai alam sebagai anugerah dan memanfaatkan sumber alam untuk kebajikan masyarakat.

Beliau berkata ketiga-tiga perkara itu menjadi asas kepada penerapan nilai-nilai murni sebagai benteng pertahanan diri yang kuat daripada anasir-anasir negatif.

“Apa makna berilmu jika gagal dimanfaatkan untuk faedah masyarakat. Orang berilmu sentiasa berfikir sebelum melakukan sesuatu tindakan. Orang berilmu membuat keputusan dan mengambil tindakan berteraskan ilmu yang dikuasainya.

“Orang berilmu adalah mereka yang menggunakan akal fikiran untuk faedah agama, nusa dan bangsanya. Penguasaan ilmu pengetahuan dalam disiplin apa jua pun harus seiring dengan pembangunan nilai intelek, pegangan agama kuat serta jati diri yang harus dipertahankan,” katanya.

Beliau juga menyeru para pensyarah agar sentiasa meningkatkan ilmu pengetahuan dan kemahiran di samping me Satu pencapaian amat membanggakan bagi Politeknik Kota Kinabalu mberi perhatian serius terhadap nilai integriti, disiplin, toleransi serta amanah dalam melaksanakan tugas.  — Bernama

Advertisement