Anda di sini

Pengesahan flaperon milik MH370 kejayaan penting: Malaysia Airlines

Advertisement

KUALA LUMPUR: Pengesahan bahawa flaperon yang ditemui di Reunion Island merupakan sebahagian daripada pesawat malang MH370 merupakan kejayaan penting dalam menyelesaikan kehilangan pesawat berkenaan, kata Malaysia Airlines.

“Kami menjangkakan dan berharap lebih banyak objek yang akan ditemui, dapat membantu menyelesaikan misteri itu, kata syarikat penerbangan itu mengenai bukti fizikal pertama yang ditemui daripada pesawat malang yang hilang kira-kira 17 bulan lepas.

Pengesahan itu dibuat bersama oleh pihak berkuasa Perancis, Bureau d’Enquetes et d‘ Analyses pour la Securites de I’AviationCivile (BEA), Pasukan Penyiasat Malaysia, wakil teknikal dari PRC dan Biro Keselamatan Pengangkutan Australia (ATSB) di Toulouse, Perancis, dan diikuti pengumuman oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak. — Bernama

Advertisement