Anda di sini

275 kes kemalangan pergi-balik ke tempat kerja dicatat NIOSH Sabah

Advertisement

KOTA KINABALU: Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (NIOSH) Sabah merekodkan sebanyak 275 kes kemalangan semasa pergi-balik tempat kerja direkodkan berlaku di seluruh Sabah sepanjang bulan Januari hingga Jun 2015.

Pengurus Niosh Sabah dan Wilayah Persekutuan Labuan Mohd Hussin Salam berkata, Kota Kinabalu direkodkan sebagai kemalangan yang tertinggi dengan 115 kes diikuti Tawau (34), Sandakan (33), Lahad Datu (28), Wilayah Persekutuan Labuan (17) dan Keningau (6).

“Statistik bilangan jumlah kemalangan semasa perjalanan adalah 275 kes dengan Kota Kinabalu direkodkan kes tertinggi dengan 115 kes.

“Kita menggesa para pekerja di negeri ini supaya sentiasa berwaspada dan menjaga keselamatan diri walau di mana pun mereka berada,” katanya di sini kelmarin.

Beliau berkata, bagi bilangan kes kemalangan industri pula, sebanyak 478 kes dicatatkan di enam daerah utama di Sabah sepanjang tempoh enam bulan lalu.

Katanya, sepanjang tempoh Januari hingga Jun lalu, sebanyak 478 kes kemalangan industri direkodkan oleh NIOSH dengan 165 kes dari daerah Kota Kinabalu, diikuti Sandakan (146), Tawau (82), Wilayah Persekutuan Labuan (39), (Lahad Datu (24) dan Keningau (22).

“NIOSH akan memainkan peranannya untuk menumpukan kepada para pekerja dan rakan industri terhadap kepentingan menjaga keselamatan ketika berada di tempat kerja bagi mengelakkan kadar kes terus meningkat dari semasa ke semasa,” katanya.

 

Advertisement