Anda di sini

Wanita umno Sabah tumpu nilai kesetiaan dan keikhlasan

Advertisement

BELURAN: Wanita UMNO Sabah akan terus menumpukan nilai kesetiaan dan keikhlasan dalam perjuangan pergerakan itu di negeri ini, kata ketuanya Datuk Armani Mahiruddin.

Beliau berkata nilai itu tidak hanya diterapkan dalam kalangan pemimpin dan anggota Wanita UMNO di Sabah, malah dengan pucuk pimpinan serta parti komponen Barisan Nasional (BN).

“Sebab itu fitnah dan tohmahan terhadap UMNO dan pemimpin tidak menjejaskan tumpuan terhadap perjuangan parti kerana adanya nilai kesetiaan dan keikhlasan,” katanya ketika merasmikan Mesyuarat Perwakilan Wanita UMNO Bahagian Beluran di sini kelmarin. — Bernama

Advertisement