Anda di sini

Najib terima kunjungan hormat John Kerry

Advertisement

PUTRAJAYA: Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menerima kunjungan hormat Setiausaha Negara Amerika Syarikat John Kerry di pejabat beliau di sini semalam.

Kerry diiringi Duta Amerika di Malaysia Joseph Yun dan Pengarah Kanan Majlis Keselamatan Negara Amerika bagi Asia Daniel Krittenbrink.

Dalam pertemuan 45 minit itu, Najib dan Kerry membincangkan isu termasuk perdagangan dan pelaburan, ancaman militan IS dan Sidang Kemuncak ASEAN ke-27 yang dijadual berlangsung November ini.

Kerry sedang melakukan lawatan tiga hari ke Malaysia untuk menghadiri Forum Serantau ASEAN, selain menghadiri beberapa siri mesyuarat termasuk Forum Serantau ASEAN, Mesyuarat Menteri-Menteri ASEAN-Amerika dan Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Sidang Kemuncak Asia Timur.

Kerry akan berlepas ke Vietnam hari ini. — Bernama

Advertisement