Anda di sini

Pelantikan Salleh terajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia adalah tepat

Advertisement
 Mohd Salleh mempengerusikan sesi taklimat bersama Pegawai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kiri). — Gambar Bernama

MULA: Mohd Salleh mempengerusikan sesi taklimat bersama Pegawai Jabatan dan Agensi di bawah Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKMM) di Putrajaya, semalam. Turut hadir, Ketua Setiausaha KKMM Datuk Seri Dr Sharifah Zarah Syed Ahmad (kiri). — Gambar Bernama

PUTRAJAYA: Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak adalah orang yang sesuai menerajui Kementerian Komunikasi dan Multimedia, kata bekas menteri berkenaan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Ahmad Shabery berkenaan pelantikan Salleh tepat kerana bekas Ketua Menteri Sabah itu pernah menjadi Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional (FINAS) pada 2011 yang pastinya arif tentang industri kandungan.

“Datuk Salleh tidak asing kerana pernah berada dengan kementerian iaitu menerusi FINAS dan kalau nak orang yang tahu mengendalikan tentang kandungan beliau adalah orang yang sesuai,” katanya ketika berucap pada majlis penyerahan nota tugas kepada Salleh di sini semalam.

Salleh yang juga bekas Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Sabah dilantik sebagai Menteri Komunikasi dan Multimedia pada rombakan kabinet 28 Julai bagi menggantikan Ahmad Shabery yang ditukarkan ke Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

Selain itu, Ahmad Shabery juga yakin Salleh dapat membangun dan meningkatkan lagi prasarana komunikasi dan multimedia dalam negara menjelang ke arah menjadikan Malaysia negara maju menjelang tahun 2020.

“Tahun ini bermakna ada lima tahun, ‘last push’ untuk memacu Malaysia jadi negara maju dan sumbangan kementerian adalah jadikan negara maju terutama dalam telekomunikasi,” katanya. — Bernama

Advertisement