Anda di sini

Polis Kota Kinabalu tahan 44 PATI dalam Ops Bersepadu

Advertisement

KOTA KINABALU: Seramai 44 pendatang asing tanpa izin (PATI) warga Filipina ditahan daripada 113 individu yang diperiksa polis di lima lokasi berasingan dalam Ops Bersepadu di sini, kelmarin.

Ketua Polis Bandaraya Kota Kinabalu ACP M.Chandra berkata operasi itu dijalankan di sekitar Inanam, Sulaman dan Sepanggar selama sembilan jam berakhir jam 9 pagi ini.

“Polis turut menahan enam individu termasuk seorang wanita kerana kesalahan mengikut Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952,” katanya dalam kenyataan di sini semalam.

Chandra berkata kesemua mereka ditahan dan didokumentasi sebelum dihantar ke Lokap Berpusat Kontinjen Sabah di Kepayan untuk siasatan lanjut.

Operasi itu diketuai 11 pegawai dan 149 anggota daripada pelbagai agensi termasuk Jabatan Imigresen, Jabatan Pertahanan Awam Malaysia, Dewan Bandaraya Kota Kinabalu dan Jabatan Pendaftaran Negara, katanya. — Bernama

Advertisement