Anda di sini

Wanita lebih berisiko hidap penyakit kronik Vena Varikos

Advertisement

Penyakit ini antara penyumbang kepada kematian di Malay

 Charles memberi penerangan kepada Yahya semasa lawatan ke gerai pameran yang diadakan semasa kempen kesedaran mengenai penyakit Vena Varikos.

PUPUK KESEDARAN: Charles memberi penerangan kepada Yahya semasa lawatan ke gerai pameran yang diadakan semasa kempen kesedaran mengenai penyakit Vena Varikos.

sia

KOTA KINABALU: Menyedari tahap kesedaran terhadap penyakit kronik Vena Varikos di negeri ini masih kurang, usaha diambil oleh Hospital Pakar KPJ Sabah bagi mengadakan Program Saringan Penyakit Vena Kronik, di sini kelmarin.

Program yang bertujuan untuk meningkatkan kesedaran orang ramai mengenai bahaya penyakit Vena Varikos ini diadakan apabila menyedari penyakit ini antara penyumbang kepada kematian di Malaysia.

Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Panglima Yahya Hussin berkata, usaha meningkatkan kesedaran mengenai penyakit kronik Vena Varikos ini bukan sahaja perlu dibuat di peringkat negeri tetapi juga harus dilakukan di peringkat kebangsaan.

Katanya, peningkatan penyakit Vena Varikos iaitu penyakit yang berhubung kait dengan saluran darah pada kaki ini berlaku sepanjang hayat.

Atas sebab itu usaha serius perlu diambil dalam menangani penularan penyakit ini. Antara langkah yang boleh diambil adalah dengan memberi pendidikan kepada orang awam tentang penyakit kronik vena yang menjadi penyakit degeneratif sepanjang hayat.

Selain itu, pihak berkenaan juga harus memberi kesedaran kepada orang awam tentang kepentingan menjalani ultrasound bagi imbasan kaki.

“Usaha lain termasuklah penggunaan sarung kaki perubatan dalam memperbetulkan vena yang terhalang dan kempen kesedaran dalam membantu pesakit mengadakan rawatan perubatan,” katanya.

Menurutnya, beliau amat berbangga apabila diberitahu bahawa rawatan laser bukan bedah (EndoVenous Laser Ablation-EVLA) bagi penyakit Vena Varikos yang pertama dilancarkan di Kota Kinabalu pada Julai 2010 di Hospital Pakar KPJ.

Sejak itu, seramai 80 pesakit berjaya menjalani rawatan laser Evla di hospital berkenaan.

Antara simptom penyakit Vena Varikos ini termasuklah menyebabkan kesakitan pada bahagian kaki, kaki kebas, perubahan pada kulit serta ulser kulit.

Penyakit ini boleh berlaku kepada keluarga yang mempunyai keturunan menghidap kencing manis, ibu yang kerap mengandung, pekerja yang perlu berdiri untuk tempoh yang lama seperti jururawat, pekerja hotel serta suri rumah.

Atas sebab itu, wanita empat kali ganda terdedah kepada risiko menghidap penyakit kronik Vena Varikos.

Sebelum ini Pakar Bedah Plastik, Kosmetik dan Rekonstruktif Hospital Pakar KPJ Sabah Dr Charles Lee dalam satu sidang media mengenai penyakit itu dipetik berkata, penyakit Vena Varikos ini menyerang saluran darah bahagian kaki dan ia berlaku kepada seseorang mengikut peringkat umur.

Beliau berkata, ramai dalam kalangan masyarakat di Malaysia khususnya Sabah tidak sedar mereka mempunyai penyakit itu kerana selalunya ia berhubung kait dengan saluran darah di bahagian kaki.

“Penyakit ini lazim berlaku kepada seseorang yang mempunyai jangka umur yang panjang kerana ia sangat berhubung kait dengan rutin kehidupan seseorang itu.

“Kini dengan adanya teknologi perubatan moden membolehkan kita hidup lebih lama tetapi kita tidak sedar bahawa penyakit kronik seperti Vena Varikos ini berlaku kepada kita,” katanya.

Charles berkata, badan manusia mempunyai dua organ yang membantu menyalurkan darah ke semua bahagian tubuh badan, satu adalah jantung dan satu lagi organ penting di bahagian kaki.

“Sekiranya organ di bahagian kaki itu gagal berfungsi maka, aliran darah kembali ke jantung boleh terjejas dan dalam tempoh masa yang lama ia boleh membawa maut.

“Penyakit kronik ini adalah berkaitan dengan umur seseorang, lebih kerap seseorang melahirkan anak, maka lebih tinggi risikonya untuk menghidap penyakit ini,” katanya.

Beliau berkata, wanita juga mempunyai risiko 50 peratus lebih tinggi menghadapi penyakit itu berbanding lelaki hanya 30 peratus kerana kebanyakan wanita adalah suri rumah dan tempoh mereka berdiri seharian juga sangat lama.

Turut hadir ialah Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) KPJ Sabah Mohd Azhar Abdullah dan Dr Charles Lee.

Advertisement