Anda di sini

Larian, Berjalan Amal BSMM Miri, 27 Sept

Advertisement

MIRI: Bulan Sabit Merah Malaysia (BSMM) Miri akan mengadakan program Larian dan Berjalan Amal sempena sambutan Hari Jantung Sedunia 2015 pada 27 September di Pusat Komersil Marina Parkcity di sini.

Sebanyak lima kategori dipertandingkan iaitu 8km (13-17 tahun), 8km (18-40 tahun), 8km (41 tahun ke atas), 4km (keluarga – dua dewasa seorang kanak-kanak berusia 12 tahun) dan 2km larian sukaria 10,000 langkah ke arah jantung sihat.

Yuran bagi setiap kategori ialah RM45 untuk 8km, keluarga RM70 dan 2km RM20 dan bayaran ini termasuk baju T untuk berlari, bib dan medal penamat.

Acara bermula jam 6.30 pagi dan peserta diingatkan berkumpul di tapak permulaan di simpang lampu isyarat di Pusat Komersil Marina Parkcity di sini jam 5.45 pagi.

Tempat pertama hingga ketiga setiap kategori 8km dan 4km akan menerima hamper dan trofi di samping 20 hadiah sagu hati manakala tiada hadiah untuk kategori 2km.

Program ini bagi meningkatkan kesedaran kesihatan 10,000 langkah ke arah jantung yang sihat, mengumpul dana membiayai aktiviti kebajikan dan kemanusiaan BSMM Miri selain meraikan sambutan Hari Jantung Sedunia 2015.

Tarikh tutup penyertaan pada 10 Ogos. Borang penyertaan dan pertanyaan lanjut boleh didapati dengan menghubungi BSMM Miri di talian 085-428032 atau 085-411121.

Advertisement