Anda di sini

Peserta Borneo Post Run 2015 diminta ambil baju-T, nombor

Advertisement
 Gambar fail menunjukkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS, Vincent Lau (kiri) melepaskan peserta The Borneo Post Run 2014.

MENDAPAT SAMBUTAN: Gambar fail menunjukkan Timbalan Pengarah Urusan Kumpulan KTS, Vincent Lau (kiri) melepaskan peserta The Borneo Post Run 2014.

SIBU: Peserta The Borneo Post Run 2015 yang akan berlangsung pada 31 Ogos ini di Dataran Bandar Sibu, diminta menuntut baju-T dan nombor masing-masing di semua pejabat Borneo Post di seluruh Sarawak.

Eksekutif Kumpulan See Hua Jamie Kong berkata, peserta dikehendaki membawa bersama resit pendaftaran ketika hendak menuntut baju serta nombor tersebut pada waktu pejabat.

Semasa berlangsungnya larian, beliau juga mengingatkan peserta agar membawa kad pengenalan untuk tujuan pendaftaran dari jam 6.30 pagi hingga 7.

15 pagi, sekaligus melayakkan peserta untuk menyertai cabutan tiket bertuah.

“Cabutan bertuah kali ini menawarkan pelbagai hadiah yang menarik,” ujarnya sambil menambah sehingga kini lebih kurang 2,200 peserta telah mendaftar menyertai larian.

Larian dibahagikan kepada lima kategori iaitu Lelaki Terbuka (8KM), Perempuan Terbuka (8KM), Lelaki Bawah 18 tahun (8KM), Perempuan Bawah 18 Tahun (8KM) dan Fun Run (4KM).

Memasuki tahun kelima penganjuran, larian ini terbuka kepada semua warganegara Malaysia dan juga peserta dari luar negara.

Setakat ini, Fun Run mencatatkan jumlah penyertaan terbanyak iaitu lebih 700 penyertaan, Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun masing-masing 400 peserta serta Lelaki dan Perempuan Terbuka masing-masing 200 peserta.

Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Ogos, jam 3 petang dengan yuran penyertaan RM15 bagi Lelaki dan Perempuan Terbuka, Lelaki dan Perempuan Bawah 18 Tahun (RM10) dan Fun Run (RM10).

Larian tahun ini menawarkan hadiah wang tunai keseluruhan sebanyak RM10,600.

Untuk pertanyaan lanjut, boleh menghubungi See Hua Marketing menerusi talian 084-315252 atau e-mel: [email protected].

 

Advertisement