Anda di sini

KRT Kampung Tegak anjur pertandingan takraw, sukaneka

Advertisement

MUKAH: Ahli jawatankuasa Kawasan Rukun Tertangga (KRT) Kampung Tegak telah menjayakan dua program iaitu program Pertandingan Sepak Takaraw dan Program Sukaneka Hari Keluarga bagi tahun 2015 KRT Kampung Tegak di sini baru-baru ini.

Pegawai Jabatan Perpaduan Bahagian Mukah Thompson Ted berkata, beliau sangat berpuas hati dengan persiapan perjalanan pertandingan sepak takraw dan sukaneka Hari Keluarga yang telah dilaksanakan semasa cuti sekolah sempena Hari Raya Aidilfitri.

Beliau juga berterima kasih kepada para penderma hadiah dan hamper menyumbang hadiah cabutan bertuah dan hamper-hamper bagi menjayakan program malam tersebut.

“Objektif program-program ini adalah untuk memupuk semangat bergotong-royong dan saling bantu-membantu untuk mengeratkan silaturahim dan semangat perpaduan dalam kalangan semua penduduk kampung.

“Malah, dalam aktiviti seperti pertandingan berbentuk sukaneka diadakan dapat memupuk semangat muhibah dan memberi peluang kepada semua penduduk kampung berinteraksi sesama mereka pada cuti sekolah tersebut,” katanya.

Sementara itu, keputusan pertandingan sepak takraw dimenangi oleh Tegak Junior B, Tegak Junior C (naib johan) dan Buak Dana (tempat ketiga), hadiah kepada pemenang disampaikan oleh Penghulu Kampung Jebungan Kudum Dillah.

Pelbagai aktiviti turut diadakan iaitu acara memancing botol kanak-kanak dan dewasa, acara meniup belon, acara boling padang dan persembahan Karaoke.

Turut hadir Pengerusi KRT Kampung Teh Rapiee Jaimin Yahya dan Pengerusi KRT Kampung Tegak Nong Supin.

 

Advertisement