Anda di sini

CEO Rapid Rail minta maaf brek LRT gagal berfungsi

Advertisement
 Pengguna Lebuhraya Persekutuan melihat kebakaran yang melibatkan LRT berdekatan Stesen Universiti, Petaling Jaya semalam setelah bahagian antara pembahagi gerabak pengangkutan awam itu terbakar. — Gambar Bernama

MENGEMPARKAN: Pengguna Lebuhraya Persekutuan melihat kebakaran yang melibatkan LRT berdekatan Stesen Universiti, Petaling Jaya semalam setelah bahagian antara pembahagi gerabak pengangkutan awam itu terbakar. — Gambar Bernama

KUALA LUMPUR: Rapid Rail Sdn Bhd (Rapid Rail) meminta maaf berikutan brek dua tren LRT bagi Laluan Kelana Jaya gagal berfungsi semalam.

Insiden pertama berlaku di Stesen Setiawangsa pada jam 8 pagi sementara kejadian kedua berlaku di Stesen Universiti pada jam 12.18 tengah hari.

Kedua-dua kejadian menyebabkan perkhidmatan di laluan itu terganggu sementara asap tebal turut kelihatan pada kedua-dua tren.

“Kesemua penumpang dipindahkan ke tren penyelamat sejurus selepas berlaku kebakaran. Api dipadamkan anggota penyelamat Rapid Rail menggunakan alat pemadam di dalam tren,” kata Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail, Ahmad Nizam Mohd Amin dalam satu kenyataan.

Beliau berkata Rapid Rail menyedari masalah berkaitan brek itu dan membuat pemeriksaan khas ke atas tren yang melalui laluan itu bagi memastikan keselematan penumpang.

Masalah brek itu telah dibawa kepada pengetahuan pembuat tren Bombardier dan pembuat brek Knorr Brake Company yang kedua-dua pihak mengaku terdapat isu reka cipta pada brek.

“Untuk jangka masa panjang, jurutera kami telah mengendali penyepit brek ke atas 35 tren empat gerabak dengan mengantikan sendal brek. — Bernama

“Sehingga hari ini (semalam), sebanyak 40 peratus daripada 560 unit penyepit brek telah dipasang dengan penyendal brek baharu, sehingga syarikat pengeluar brek menyediakan penyelesaian muktamad kepada masalah itu,” kata Ahmad Nizam. — Bernama

Advertisement