Anda di sini

Futsal: Vapers julang Piala JKKK Kampung Bakong

Advertisement

SRI AMAN: Pasukan Vapers dari Kampung Tengah, Sri Aman membuktikan kehebatan mereka apabila muncul juara Pertandingan Futsal Piala Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK), Kampung Bakong Lingga di Gelanggang Futsal Kampung berkenaan petang kelmarin.

Pasukan itu menewaskan pasukan dari Lingga dengan jaringan 1-0 sekali gus berjaya membawa pulang hadiah wang tunai berjumlah RM300, piala dan juga medal.

Sebanyak 20 pasukan mengabil bahagian pada pertandingan itu dianjurkan sempena sambutan Hari Raya Aidilfitri tahun ini.

Advertisement