Anda di sini

Peninju Sarawak dan Sabah berentap di Kuala Lumpur

Advertisement
 Heendrew Lois menggalas misi penting dalam D1 Fighting Champoinship.

BERSEDIA: Heendrew Lois menggalas misi penting dalam D1 Fighting Champoinship.

KUCHING: Wakil Sarawak Heendrew Lois dari Kelab Muaythai Lundu akan menentang Randall RF daripada Gym Kinabalu Fighters Sabah dalam kejohanan dikenali D1 Fighting Champoinship: Rhino Invasion.

Kejohanan itu dijadual berlangsung pada 1 dan 2 Ogos 2015 di Stadium Titiwangsa, Kuala Lumpur.

Heendrew telah melakar beberapa pencapaian terbaik iaitu memenang pingat emas dalam SUKMA 2013, juara Piala PMK 2014 dan juara Perlawanan Pilihan Kejohanan Muaythai Hari Belia 2015.

Manakala pencabarnya, Randall salah seorang peninju terbaik dari Sabah pernah menjuarai kategori 60kg Kejohanan D1FC pada 2014 dan 2015.

Perlawanan dijangka sengit kerana kedua-dua peninju ini terkenal dengan semanngat juang yang tinggi serta kental.

Advertisement