Anda di sini

Polis diminta lebih kerap meronda di Petra Jaya

Advertisement

KUCHING: Polis dikehendaki lebih kerap menjalankan pemantauan serta rondaan di kawasan Petra Jaya sempena musim perayaan ini bagi mengekang kegiatan rompakan dan pecah rumah yang begitu menakutkan di situ.

Exco Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) Pusat Norhanim Mokhsen berkata ramai penduduk yang tinggal di sekitar kawasan berkenaan telah menyuarakan kebimbangan terhadap peningkatan yang jelas bagi kes jenayah tersebut.

“Penduduk memberitahu bahawa penjenayah sekarang menjadi lebih berani di mana mereka melakukan kegiatan rompakan dan pecah rumah bukan sahaja pada waktu malam tetapi juga semasa siang ketika pemilik rumah berada di dalam rumah.

“Ini menyebabkan ramai penduduk menjadi gelisah dan takut untuk berada di rumah,” katanya pada sidang media di ibu pejabat PKR di sini, semalam.

Sehubungan itu, beliau menyeru kerajaan khususnya pihak berkuasa seperti polis untuk meningkatkan lagi usaha melindungi masyarakat.

“Saya berharap polis dapat lebih kerap lagi menjalankan rondaan di Petra Jaya kerana kehadiran mereka boleh menyebabkan penjenayah menjadi takut,” katanya.

Advertisement