Anda di sini

Kilang papan hanya tinggal abu, arang

Advertisement
 Salah seorang anggota bomba berusaha memadamkan api.

MUSNAH: Salah seorang anggota bomba berusaha memadamkan api.

SIBU: Sebuah kilang papan di Selangau musnah dalam kejadian kebakaran malam kelmarin.

Insiden malang itu dipercayai berlaku sekitar jam 8.30 malam.

Dua buah jentera bomba daripada Balai Bomba Sungai Merah dengan kekuatan sembilan anggota digerakkan ke tempat kejadian.

Pasukan penyelamat terbabit diketuai Pegawai Penguasa Bomba Zon Sibu Mutalib Rashid.

Namun, ketika bantuan tiba di lokasi kejadian kilang terbabit telah musnah sepenuhnya.

Api berjaya dipadamkan sepenuhnya sekitar jam 1 pagi. Tiada sebarang kecederaan mahupun kematian dilaporkan dalam kejadian tersebut.

Jumlah kerugian serta punca sebenar kejadian masih dalam siasatan.

Advertisement