Anda di sini

Jadual Piala Datuk Amar Abang Johari kekal, jelas Fazzruddin

Advertisement

KUCHING: Penganjur Kejohanan Bola Sepak, Piala Datuk Amar Abang Johari menjelaskan tiada perubahan terhadap jadual sepak mula kejohanan berprestij tersebut.

Pengerusi Kejohanan, Fazzruddin Abdul Rahman berkata, setakat ini tiada perubahan terhadap tarikh kejohanan dengan kita masih kekal dengan tarikh asal iaitu pada 5 dan 6 September depan.

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan berlaku pindaan terhadap jadual sekiranya tarikh tersebut bertembung dengan beberapa kejohanan lain yang dijangka berlangsung pada waktu sama.

Katanya, sebarang perubahan akan dimaklumkan dari semasa ke semasa.

“Sebanyak lapan pasukan bakal berentap bagi memburu kejuaraan pada edisi kali ini. Pasukan berkenaan FC Brooke, KKR Axis, JPAM SJN FC, Petra Giant, DBKU, Riaz FC, I.E.M FC dan Demak Laut FC.

“Perlawanan akan diadakan secara kalah mati di Padang C, Petra Jaya dengan empat pasukan terbaik akan bersaing dalam pusingan separuh akhir pada 12 dan 13 September,” katanya.

Final akan diadakan pada 19 September bertempat di Stadium Negeri.

Hadiah pemenang Kleague iM 2015 juga akan disampaikan sebelum perlawanan akhir bermula.

Advertisement