Anda di sini

16 Julai tarikh lihat anak bulan Syawal

Advertisement

KUALA LUMPUR: Tarikh melihat anak bulan Syawal untuk menetapkan Aidilfitri adalah pada petang Khamis, 16 Julai bersamaan 29 Ramadan 1436 Hijrah, menurut kenyataan Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja.

Menurutnya, Majlis Raja-Raja telah mempersetujui bahawa cara menetapkan tarikh Hari Raya Puasa adalah berdasarkan rukyah (melihat anak bulan) dan hisab (pengiraan secara matematik dan astronomi).

Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja akan mengisytiharkan pada malam itu juga tarikh Hari Raya melalui radio dan televisyen, menurutnya.

Menurut Pejabat Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, anak bulan akan dilihat di beberapa tempat di seluruh negara.

Di Sarawak, lokasi melihat anak bulan ialah di Tanjung Lobang, Miri; Teluk Bandung, Kuching dan Tanjung Batu, Bintulu. — Bernama

Advertisement