Anda di sini

Pelajar maut motosikal terbabit kemalangan

Advertisement
 Anggota paramedik memeriksa keadaan seorang pelajar perempuan yang maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan treler di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan dekat Seremban semalam. — Gambar Bernama

MAUT: Anggota paramedik memeriksa keadaan seorang pelajar perempuan yang maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan treler di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan dekat Seremban semalam. — Gambar Bernama

SEREMBAN: Seorang pelajar perempuan tingkatan lima, maut setelah motosikal yang ditungganginya terbabit kemalangan dengan sebuah kereta dan treler di Jalan Seremban-Kuala Pilah, Ampangan dekat sini, pagi semalam.

Ketua Polis Daerah Se-remban ACP Muhamad Zaki Harun berkata dalam kejadian jam 6.50 pagi itu, mangsa Dina Shuhadah Ahmad Fariz, 17, dari Taman Lavender Height dikatakan dalam perjalanan dari arah Kuala Pilah menuju ke Seremban apabila motosikalnya hilang kawalan setelah bergesel dengan sebuah kereta dari arah yang sama.

Katanya dalam masa yang sama terdapat sebuah treler melalui arah yang sama dan mangsa telah terjatuh bersama motosikalnya sebelum digilis di bahagian tayar belakang treler berkenaan.

Beliau berkata mangsa meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala.

Mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Tuanku Jaafar, Seremban untuk di-bedah siasat. — Bernama

 

Advertisement