Anda di sini

Mahkamah dengar rayuan Presiden MIC pada 13 Julai

Advertisement

PUTRAJAYA: Rayuan dikemukakan Presiden MIC Datuk Seri G. Palanivel dan tiga yang lain terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengekalkan arahan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bagi parti itu mengadakan pemilihan baharu akan didengar pada 13 Julai.

Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Md Raus Sharif menetapkan tarikh itu di dalam kamar semalam semasa kes itu dibentangkan bagi pengurusan kes.

Peguam Kanan Persekutuan Amarjeet Singh, yang mewakili ROS memberitahu pemberita, mahkamah memerintahkan pihak-pihak berkenaan memfailkan hujahan bertulis sebelum 7 Julai.

Palanivel, dua naib presiden MIC Datuk S. Sothinathan dan Datuk S. Balakrishnan, dan bekas setiausaha agung MIC A. Prakash Rao memfailkan rayuan itu pada 16 Jun.

Sehari sebelum itu pada 15 Jun, Hakim Mahkamah Tinggi Datuk Asmabi Mohamad menolak permohonan mereka bagi semakan kehakiman dan memutuskan ROS hanya memberikan pendapatnya bahawa parti itu perlu menyelesaikan per-tikaiannya.

Beliau berkata sebenar-nya Palanivel yang mencadangkan pemilihan baharu diadakan bagi menyelesai-kan konflik dalaman parti itu. — Bernama

 

Advertisement