Anda di sini

Pakar astrofizik Korea kongsi penemuan terkini sains angkasa

Advertisement

KUALA LUMPUR: Seorang pakar bidang astrofizik dari Korea Selatan, Prof Dr Sascha Trippe akan berkongsi idea dan penemuan terkini dalam bidang sains dan teknologi angkasa di program syarahan Agensi Angkasa Negara (ANGKASA), pada hari ini (29 Jun).

Dr Trippe dari Seoul National University akan menyampaikan syarahan ‘ANGKASATalk’ bertajuk: A Deep View into Active Galactic Nuclei pada program itu yang bertempat di Planetarium Negara bermula jam 2 petang.

Pihak ANGKASA dalam kenyataan menjemput orang ramai menyertai program di bawah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi dengan kerjasama Universiti Malaya. Syarahan diharap dapat membantu mempromosi bidang sains dan teknologi angkasa.

Penyertaan percuma dan tempat duduk adalah terhad.

Untuk pertanyaan lanjut, hubungi Jong Tze Kian atau Asmidar Zainol di talian 03-22734303. — Bernama

Advertisement