Anda di sini

vivo X5Pro dilancarkan di Malaysia

Advertisement

Dilengkapi SmartWake bolehkan pengguna kawal guna isyarat tangan

Oleh Adriana Mroon Ambrose //

KUALA LUMPUR: Jenama telefon bimbit terkemuka China, vivo memperkenalkan telefon pintar terbaharunya ‘Touch By Beauty’ vivo X5Pro.

Telefon terpintar baharu keluaran vivo ini diilhamkan oleh alam semula jadi. Ia mempunyai kaca 2.5D bermuka dua yang digabungkan dengan reka bentuk bingkai logam keemasan.

vivo X5Pro ini juga dilengkapi dengan SmartWake yang membolehkan pengguna mengawal telefon pintar dengan isyarat tangan.

Suatu yang menarik mengenai vivo X5PRO ini, ia mampu mengenal pasti jantina serta individu berdasarkan gaya tersendiri secara automatik dan turut mempunyai kamera 13 mp bagi kamera utama dan 8mp untuk kamera hadapan.

Dikuasakan  oleh cip AKM AK4375, telefon pintar ini merupakan standard Hi-Fi.

Ketua Pegawai Eksekutif vivo, Lewis Zhang berkata, industri telefon pintar di Malaysia berkembang dengan pesat dan vivo telah pun membina rangkaian secara aktif di seluruh negara.

vivo mempunyai lebih 2000 pusat jualan, 10 pusat perkhidmatan dan hampir 1000 orang pekerja sejak ditubuhkan di Malaysia, katanya.

Tambah Lewis lagi, pada tahun ini, vivo Malaysia komited untuk meningkatkan pelaburan dalam membina jenama vivo sekali gus meningkatkan bilangan saluran pengedaran dan pusat perkhidmatan di negara ini.

“Dalam masa terdekat ini, vivo akan terus menyediakan produk yang lebih kompetitif serta menyediakan perkhidmatan yang sistematik buat pelanggan kami,” katanya pada majlis sidang media pelancaran vivoX5Pro yang bertempat di Menara Berkembar Petronas Kuala Lumpur.

Turut hadir pada majlis tersebut ialah Naib Presiden vivo Global, Alex Feng dan selebriti-selebriti tempatan.

vivoX5Pro boleh didapati di seluruh negara pada harga RM1,599.

Advertisement